Thursday, 14 August 2014

Arnab Saya

HYE SAYA NAK PERKENALKAN ARNAB BELAAN SAYA 
ADA 4 JER ARNAB YANG COMEL



NAMA : KIDY
JANTINA : BETINA
UMUR : 1 BULAN LEBIH
BAKA : MIX ANGORA















NAMA : KIDO
JANTINA : JANTAN
UMUR : 1 BULAN LEBIH
BAKA : MIX ANGORA




























YANG WARNA BLACK TU NAMA DIA HITAM DAN WARNA PERANG TU LIOHEAD DAH TAK TAHU NAK TARUK NAMA APA YANG HITAM BETINA YANG LIONHEAD PULA JANTAN.HITAM TU TENGAH BUNTING KALAU ADA SESAPA NAK BAGITAHU YER 

Wednesday, 13 August 2014

Jenis Arnab Comel









Pelbagai jenis baka arnab terutama


ARNAB AMAMI (BABY)

Arnab Amami atau nama Inggerisnya "Amami rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Pentalagus furnessi



ARNAB LIONHEAD

Arnab lion head merupakan antara baka arnab domestik yang terbaru dihasilkan walaupun belum dikenalpasti secara sah oleh American Rabbit Breeders' Association (ARBA) .  Arnab lion head mempunyai surai atau bulu panjang di belakang kepala yang dikenali sebagai "mane" sebagaimana singa jantan bersesuaian dengan namanya. Karektor lain bagi lion head termasuklah bentuk kepala yang bulat dan bersaiz kecil, biasanya 2.5 - 3.5 pound. Selain itu, telinganya agak pendek dan lebih tebal berbanding kebanyakan arnab jenis lain.

Arnab lion head berasal dari Belgium. Ia dilaporkan telah terhasil oleh kegiatan pembiak baka yang ingin menghasilkan arnab katik (dwarf) yang berbulu panjang melalui pembiakan silang antara Swiss Fox dan Belgian dwarf. Arnab lion head mendapat sambutan menggalakkan dan lebih popular daripada arnab katik berbulu panjang. Oleh itu pembiak baka memberi tumpuan lebih serius dalam menghasilkan arnab jenis ini.

ARNAB TEDDY BEAR
Teddy Bear, sejenis arnab berbulu panjang, lebat dan lurus. Panjang bulunya sekitar 3-5 inci. Berat badan, maksimum 1-1.8 kg ketika matang. Arnab jenis ini merupakan arnab terlaris di Thailand berikutan harganya yang mampu dimiliki. Baka Teddy Bear terhasil dari kacukan arnab Lionhead dan Jerry Woddy


ARNAB ANGORA




Arnab Angora (Bahasa TurkiAnkara tavşanı) ialah sejenis arnab bela jinak yang diternak untuk bulunya yang panjang dan lembut. Arnab Angora adalah antara jenis arnab jinak yang tertua di dunia, dan berasal dari Ankara (dahulunya dikenali sebagai Angora), Turki, bersama dengan kucing Angora dan kambing Angora. Arnab ini menjadi haiwan belaan kegemaran kerabat diraja Perancis pada pertengahan abad ke-18, kemudian merebak ke merata Eropah menjelang akhir abad itu. Arnab Angora mula-mula tiba di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Arnab Angora diternak untuk bulunya, yang boleh ditanggalkan dengan mengetam, menyikat, atau mencarik. Arnab Angora juga terbahagi kepada pelbagai baka, tetapi hanya empat daripadanya yang diiktiraf oleh ARBA, iaitu Inggeris, Perancis, Gergasi dan Satin. Baka-baka lain termasuk Jerman, Cina, Switzerland, Finland dan lain-lain.



ARNAB HOLLAND LOP

Holland Lop adalah baka arnab yang berasal di Belanda. Baka telah diiktiraf oleh Belanda 'Pengelola Arnab Majlis pada tahun 1964 dan Amerika Arnab Persatuan Penternak' pada tahun 1979. Mereka adalah haiwan peliharaan rumah yang popular, terkenal dengan perangai manis mereka dan tingkah laku nonaggressive.